Saturday, October 29

Majlis Bergunting @ Cukur Jambul Aiman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bila sebut majlis jambul,biasanya majlis ini diadakan 7 hari slps kelahiran bayi..tapi berlainan dgn hero ku lah aiman,majlisnya diadakan setelah aiman hampir mencecah setahun.

Majlis aiman diadakan pada raya puasa baru2 nie.raya pertama.mengikut adat bajau,tak apa lewat melakukan nya kerana ia mengikut bajet masing2..

Mengikut adat bajau di kg km, untuk mengadakan majllis ini, barang yg diperlukan adalah kuih penyaram 90 biji, makanan ringan seperti keropok gula2,meggi / mee (mentah),minuman botol / kotak / tin..semua bahan makanan ini bolehla dihiaskan di atas perahu kecil or dalam bakul.ikut kreativiti sendiri lah..

Selain itu,brg yg digunakan untuk menggunting adalah gunting , mangkuk putih , sebatang lilin , & sebijik kelapa muda..& juga kain putih..

Kat sini aku letakkan bbrp pic time aiman bergunting ari tu..


perahu hiasan aiman yang teramat padat



aiman & sepupu annik



ragam aiman



gunting rambut

syukurlah majlis aiman berjalan dgn lancar &  aiman pun tak byk ragamnya..

p/s - semua isi dalam perahu di bahagi2kan kpd tetamu yg datang


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

0 Bingkisan Kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...