Thursday, November 3

Perhimpunan Seks Bebas @ Seksualiti Merdeka

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Terkejut besar aku bila tgk Ahli Perliman Bung Mokhtar mengamuk dalam  buletin utama tv3 td menentang perhimpunan seks bebas @ Program Seksualiti Merdeka nie...aku ingat kan diadakan di luar negara rupa2nya diadakan di negara kita..aduh,apa sudah jd dgn malaysia nie..


Program ini bakal dirasmikan oleh Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (Bersih) si Ambiga Sreenevasan..Kononnya akan diadakan pd 9 nov 2011..



Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.

Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.




Kononnya nak memperjuangkan hak seksual ,,tgk apa yg mau di perjuangkan :

LESBIANISMA
Adalah amalan seks songsang dan luar tabi'e diantara wanita dengan wanita, dan ianya adalah satu kesalahan jenayah didalam negara ini. Ringkasnya, mereka mahu menghalalkan musahaqah

BISEXUAL 
Adalah amalan seks bebas antara pasangan tanpa batas termasuk amalan seks sebelum kahwin, bertukar pasangan berkahwin dengan orang lain. Ringkasnya menghalalkan perzinaan

GAY 
Adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e dengan menjadikan dubur sebagai laluan seks. Ringkasnya, menghalalkan 'amalan liwat dan homoseksual

TRANSGENDER 
Ini adalah 'amalan songsang dan luar tabi'e untuk berkelakuan dan bersifat seksual bertentangan (lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki), termasuk amalan menukar jantina (walaupun Islam mengiktiraf kaum khunsa, iaitu mereka yang dilahirkan dengan dua alat jantina dimana mereka diberi ruang untuk membuat pilihan jantina, tetapi Islam mengutuk keras dan melaknat 'amalan transgender ini!)


Nauzubillah..

p/s - manusia akhir zaman..


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

1 Bingkisan Kata:

Rina Rahamat said...

ambiga oh ambiga...lalalalala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...