Sunday, October 30

Perempuan Itu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Aku suka lah dgn statement nie...
Beritahu pada perempuan itu dirinya ibarat kaca.. di sentuh terguris, di hantuk serpih, di hempap berkecai.
Beritahu pada perempuan itu jaga tingkah laku.. jaga pakaian.. harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan di hukum selamanya, keturunan dicerca payah.. di mana & dalam keadaan macam mana pun, biar org kenal Dia orang ISLAM.
Beritahu pada perempuan itu simpan secebis malu mu kerana malu itu, sebahagian daripada iman.


    Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

    Saturday, October 29

    Majlis Bergunting @ Cukur Jambul Aiman

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

    Bila sebut majlis jambul,biasanya majlis ini diadakan 7 hari slps kelahiran bayi..tapi berlainan dgn hero ku lah aiman,majlisnya diadakan setelah aiman hampir mencecah setahun.

    Majlis aiman diadakan pada raya puasa baru2 nie.raya pertama.mengikut adat bajau,tak apa lewat melakukan nya kerana ia mengikut bajet masing2..

    Mengikut adat bajau di kg km, untuk mengadakan majllis ini, barang yg diperlukan adalah kuih penyaram 90 biji, makanan ringan seperti keropok gula2,meggi / mee (mentah),minuman botol / kotak / tin..semua bahan makanan ini bolehla dihiaskan di atas perahu kecil or dalam bakul.ikut kreativiti sendiri lah..

    Selain itu,brg yg digunakan untuk menggunting adalah gunting , mangkuk putih , sebatang lilin , & sebijik kelapa muda..& juga kain putih..

    Kat sini aku letakkan bbrp pic time aiman bergunting ari tu..


    perahu hiasan aiman yang teramat padat



    aiman & sepupu annik



    ragam aiman



    gunting rambut

    syukurlah majlis aiman berjalan dgn lancar &  aiman pun tak byk ragamnya..

    p/s - semua isi dalam perahu di bahagi2kan kpd tetamu yg datang


    Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

    Thursday, October 20

    Happy Bithday Aiman

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

    Kesian aiman,disebabkan kesibukan terpaksa la di tunda majlis birthday nya..dah capai umur setahun 43 hari, barulah birthday dapat di raikan.

    Cepat betul masa berlalu,hero ku yg lahir pada 3 sept 2010 nie dah pun berumur setahun lebih...bukan main gembira lagi dia bila tengok kek nya yg ber'wajah' ultraman..



    Aiman tengah sedia tiup lilin



    amboi comotnya anak mama



    Aiman ready potong kek



    Kek Ultraman

    SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU SAYANG MUHAMMAD NUR HAIMAN

    p/s - aiman nk makan kek lagi.........huahua...


    Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

    Monday, October 17

    Family Day

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

    Wow..agak lama gak aku tak update blog ku nie..berkulat dah..
    Apa pun hari nie aku agak rajin nak men'update' blog yg dah berdebu nie...

    Nothing special, just nak kongsi bersama pic yg di ambil time family day pejabat my hubby yang berlangsung semalam (16/10/2011) kat Taman Bukit Tawau,,or lebih di kenali sebagai TABBLE...Seronak sangat..lebih2 lagi my hero Aiman...rasa dia nak terjun jak dalam sungai tue...




    Mama & Aiman



    Papa & Aiman



    Mama & Aiman



    Aiman



    Papa, Mama & Aiman

    Posing punya posing, terlupa lak nak ambik gambar juadah yg di bawa...ada buat BBQ ayam,ikan,udang & sotong..Tersangat2lah kenyang...tapi time kami semua ber'happy'2 hujan turun la pula...terpaksa la balik awal...tak puas enjoy...tapi apapun yg penting seronok sangat...

    p/s - Tapau Ikan bakar Baulu ...



    Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...