Friday, February 17

Cinta Itu Musnah Bila...


Ilham Ustazah Siti Nor Bahyah



Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Pu' Mattoa Lalla Atoli @ Pulau Lelaki Tua Tidur


Ingat lagi tak pic kat atas tu..

Hari ni nak story lah , tentang terbentuknya pulau yang terbentang luas mirip manusia berbaring itu. 
Ia boleh dilihat dengan jelas dari tengah dan puncak Bukit Tengkorak, dekat pekan Semporna.

.............................................................................................

Mitos 1

Cerita lisan yang diperoleh daripada penduduk setempat mendakwa pasangan suami isteri, Tetangan dan Gaya, sangat menyayangi anak tunggal mereka, Bohay Dulang, sehingga tidak sanggup berpisah walaupun menyedari hidup akan berakhir kematian.

Ketika usia meniti senja, pasangan itu khuatir tiada siapa bakal menjaga Bohay Dulang yang dikatakan berusia 18 tahun dan belum berumahtangga.

Pelbagai ikhtiar dijalankan termasuk mahu mengahwinkan Bohay Dulang tetapi ditolak si anak dengan alasan tidak mahu membahagikan kasih sayang kepada orang ketiga.

Bohay Dulang yang kononnya mempunyai paras menawan menjadi kegilaan ramai wanita tetapi anak muda itu mengabadikan cinta hanya kepada ibu bapanya.

Alasannya, kasih sayang ibu bapa tidak seharusnya dikongsi dengan orang lain dan jika beliau berumahtangga, sudah pasti ia menyebabkan mereka berpisah untuk membina hidup baru.

Hari berganti, tiga beranak itu cuba mencari penyelesaian terbaik untuk bersatu selamanya dengan apa cara sekali pun. Bagaimanapun, mereka menolak pilihan untuk membunuh diri kerana ia adalah pantang larang nenek moyang.

Ketika itu, Islam belum sampai ke Semporna atau dikenali Tongtalun dan penduduk mengamalkan kepercayaan animisme.

Tetangan dan Gaya hanya dikurniakan cahaya mata selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, sekali gus mahu hidup lama untuk membesarkan anak kesayangan mereka dan melihat perkembangan hidupnya.

Mengikut cerita, pasangan itu nekad menemui bomoh supaya mereka dapat diubah menjadi pulau.

Sebelum ketiga-tiganya bertukar menjadi pulau, Tetangan dan Gaya menyerahkan semua harta kepada Bohay Dulang sebagai bukti kasih sayang serta mengharapkan anak mereka masyhur pada masa depan.

Dipercayai kerana itu, pulau Bohay Dulang memiliki keistimewaan tersendiri menerusi pemandangan cantik di darat dan dasar laut dan kini menjadi tarikan pelancong.

Ia hanya mitos yang dihikayatkan penglipurlara lebih 100 tahun lalu dan kini cerita 'Pu' Mattoa Lalla Atoli' sukar ditemui.


.....................................................................................................

Mitos 2

Sebuah lagi cerita popular adalah persahabatan dua sahabat sejati yang berakhir dengan pertarungan dahsyat.

Si Bohay dan Si Buun kononnya bersahabat baik dan mempunyai ilmu mempertahankan diri sihir setara.

Bagaimanapun, akibat perselisihan faham yang berpunca daripada perkara kecil berbentuk fitnah, kedua-duanya bermusuh dan bertarung untuk membuktikan kegagahan menjadi ketua masyarakat.

Pertarungan itu memakan masa lebih 10 tahun dan berakhir dengan keduanya diisytiharkan tewas kerana Si Bohay menjadi Pulau Bohay Dulang manakala Si Buun menjadi Pulau Sibuun yang masih wujud di Laut Sulawesi.

Ada juga pendapat mengatakan Si Buun menjadi batu karang yang boleh ditemui di dasar laut berhampiran Pulau Lelaki Tua Tidur.

.......................................................................................................

Begitulah mitos2 tentang pulau nie ...

Fakta tentang Pulau Lelaki Tua Tidur

Bentuk seperti manusia tengah berbaring itu, adalah Pulau Lelaki Tua Tidur di Semporna, Sabah merangkumi tiga pulau iaitu Pulau Gaya di utara, Pulau Bohay Dulang (tengah) dan Pulau Tetangan (selatan). 


Penyelidikan saintifik oleh Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati pulau itu adalah sisa tinggalan letupan gunung berapi besar, kira-kira lima juta tahun lalu.


.......................................................................................................................


Haa....begitulah cerita tentang Pulau Lelaki Tua Tidur...

Gambar menarik sekitar pulau ini, klik SINI..


Oklah, nanti jumpa lagi...


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Thursday, February 16

Doodle : My Second Doodle Muslimah


Tetiba jak dari semalam rajin nak buat doodle lak..

Kalau dah datang idea, baik terus buat, takut tetiba hilang lak idea tu..

Dan syukur gak, my hero dah bergerak aktif...dah tak demam just still cerewet2..


...............................................................


Jomkita layan doodle yg tak seberapa nie...















Camna pandangan kekawan, ada macam rupa ulat bulu ka ??

Hehehe...

Oklah jumpa lagi...


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Ben Ashaari Tanya Kau Berani Kritik Blog Aku Tak ?


Join Klik --- > SINI

Wow... Ganas betul tajuk segmen Bro Ben kita ni yek...

Apapun, aku beranikan diri untuk join segmen beliau..

Kalau nak tau kenapa aku nak kekawan semua kritik blog aku, 

SEBAB :

Ingin mengetahui pendapat kekawan tentang blog aku secara terperinci

so, melalui kritikan kekawan semua dapatlah aku memperbaiki apa2 yang patut di perbaiki, dibuang apa2 yang patut dibuang & sewaktu denganya..


p/s-takutnya nak tau kritikan kekawan semua, harap yang beri kritikan yang membina yek..



Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Saya Nampak...


Semalam, aku buat entri tanya kekawan apa yang anda nampak dalam pic kat bawah nie kan...




Terharu sangat sebab kekawan semua sudi2 kan diri untuk meneka..

Kalau nak tau, sebenarnya apa yang tersembunyi dalam gambar ini ialah 

jeng


jeng


jeng

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hehe..nampak tak yang aku bulatkan tu...

Itulah bukit yang menyerupai orang tengah baring..

Gambar ni berhampiran dengan pekan semporna..

Kalau di sini ia di kenali sebagai "Pulau lelaki tua tidur" ataupun  "Pu' Mattoa Lalla Atoli".

Nanti aku buat entri khas kisah pulau yang menghayat hati nie yek..


................................................................................


Oleh sebab, kekawan rajin meneka, so aku dengan rendah diri menganugerahkan award kepada kekawan kita yang menjawab dengan betul..

Tau siapa...

Mereka ialah :

Cik Rose 





Harap korang berdua sudi terima award tak seberapa nie yek..


Untuk Cik Rose

http://i1109.photobucket.com/albums/h422/Siskawati_Yusuf/award.png


Untuk dya

http://i1109.photobucket.com/albums/h422/Siskawati_Yusuf/award2.png


Oklah...nanti jumpa lagi di entri seterunya yek..

Babai..









Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Wednesday, February 15

08 - Wordless Wednesday # Apa Yang Anda Nampak ?


























.....


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

IntaNBerliaN's First Giveaway



Join Klik --- > SINI

Tukang Sponsor 



Due Date 

29/02/2012







Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Giveaway Dari akmarwati.com


Join Klik --- > SINI

Due Date : 29/02/2012


Hadiah Giveaway dari akmarwati.com ditaja oleh akmarwati.com


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

28th Birthday Giveaway




Join Klik --- > SINI

Due Date : 23/02/2012


Teristimewa Untuk Awak Berdua






Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

February 2012 Giveaway - My 30th Birthday



Join Klik --- > SINI

Firstly,





Oklah oleh sebab penganjur nak berkongsi impian saya, so dengan malu2 miow saya nak bagitau impian saya ialah ingin :

1. Memiliki sebuah butik muslimah..

2. Menjadi Isteri & Mama yang solehah serta zuriat yang soleh & solehah..

3. Memiliki keluarga yang sentiasa di redhai ALLAH..



Tag :



Due Date :

29/02/2012


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Contest I Love Being Awesome



Join Klik --- > SINI

Due Date : 29/02/2012


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Luna Shoppe's Giveaway



Join Klik ---> SINI

Tag :






Due Date :

20/02/2012





Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Santai Petang Bersama My Hero

Syukur Alhamdulillah, my hero dah beransur sembuh..Demam panas dah kebah cuma masih lagi selsema..

Dah boleh bermain2 just masih lagi moody2 sikit, pantang ditegur mulalah nangis...


Pic kat bawah nie, di snap last month lagi, baru nak upload hari nie..

Marilah bersantai petang bersama Bro Ben My Hero..


Ai na pa'in di entak (Apalah yang dilihat tu)


Happy nya...


Macam mau terbeliak mata & ternganga jak mulut tu...Tak ingat apa yg dicakap tu..


Mari menari...


Mengira rumput agaknya my hero nie...


Ala sayang, mau kemana dengan papa tue?


My hero ni suka betul lepak kat halaman rumah, senang betul hatinya..Maybe terasa bebas di luar dari asyik terkurung jak kat dalam rumah...

Bila melihat my hero bergerak aktif, suka betul tengok.. Itulah bila my hero sakit, sayu betul tengok asyik terbaring jak...Tapi syukurlah kali nie sakit taklah lama sangat, cepat juga kebah demam nya..


Babai...


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Monday, February 13

Ben Ashaari Ajak Baca Blog Aku



Join Klik --- > SINI

Rajin betul Bro Ben kita ni buat segmen di hari Isnin.ni...Apa orang kata black monday...

Disebabkan ada sedikit kerajinan ku , so aku join lah segmen nie...



Kepada para pembaca, anda memang patut baca blog ku sebab :

1. Blog ku ni, sedap jak mata memandang, gerenti anda tak pening membaca..

2. Blog ku ada cerita ttg familyku, tips, petua , cuci minda & sedikit tutorial..

3. Blog ku juga memaparkan cerita2 yang aku baca & lihat untuk dikongsi bersama anda...

4. Entri yang aku tulis simple jak semua, tak lah berat sangat otak mau membaca...


Entri yang tentunya menarik :

Entri Tanpa Kata

Kepondanan


Itu jak lah kot..

Babai...



Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

On Off

 
Semenjak 2 menjak ni, blog mula nak bersawang dah..Sian blog aku yang kiut miut ni..

Bukannya malas nak update blog, tapi disebabkan :

1. My hero demam panas & selsema..

2. Ini menyebabkan aku hilang idea nak tulis apa..

3. Ditambah lagi wireless pejabat my hubby yang selalu aku guna ni, belum berbayar..

4. Jadi terpaksa lah guna broadband hset kesayangan ku ni..

5. Oleh kerana, penggunaan broadband melalui hset terlalu lembab, so bermalas2an lah aku nak update n3..

Walaubagaimana pun, aku akan tetap melawat kekawan yek..


*sian my hero yg demam nie, moga cepat sembuh sayangku....

Oklah, jumpa lagi...


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Saturday, February 11

Tips Mencuci Hati



Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati..

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a.
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih".

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 tak sebelum tidur.
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat.
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran.
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif.
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda.
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

8. Berpuasa.
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan

9. Cuba ingat tentang mati.
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan.
Jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

(Oleh : Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah)

Semoga kita akan menjadi manusia lebih baik dari semalam.



Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Wednesday, February 8

07 - Wordless Wednesday # Tolong Senyap

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


.....


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

06 - Wordless Wednesday # Tempat Mengadu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


.....


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...