Thursday, May 19

Tenik Tepuk Atasi Bayi Berkahak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Risau betul kalo bayi kita batuk dan selesema..Bila dah selesema mesti ada kahak..kesian betul tgk bayi bila dah terkena camni..& lebih kesian bayi tak reti nak kuarkan kahak sendiri..


So. untuk mengatasi masalah nie,kita boleh menggunakan teknik tepukan.


Caranya:
Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. 
Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. 
Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi. 
Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula.
Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk.


Biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.


Sebelum memulakan teknik tepukan, pastikan bayi tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.


Sumber: Utusan Malaysia  


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

0 Bingkisan Kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...