Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, December 23

Kolera Menyerang Kampung Aku

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Last week, oleh sebab hubby pi kursus & takda geng kat umah yang ada just my hero, so aku minta hantar lah dengan hubby ke kampung ku before dia pi ber kursus.

Bercuti la aku & my hero hampir seminggu, kat umah family di kampung.

Nak dijadikan story, setiba jak di kampung baru lah aku dengar heboh sekampung yang dilanda penyakit kolera ataupun taun, sehingga menyebabkan 3 orang bayi di masukkan ke wad.

Itulah, orang kampung aku nie semua kebal-kebal belaka, apatak nya, air peringi dijadikan bahan minuman tanpa di masak terlebih dahulu.dah lah perigi tu tak pun di letakkan ubat.

Untuk pengetahuan semua, kampung aku belum ada bekalan air, ntah lah bila la nak nampak batang hidung saluran air masuk ke kampung aku. dulu ada gak projek air dijalankan tapi tak gak berjalan, buat rugi tenaga & tanah mak & arwah bapa aku jak.


Lebih kesiannya kami sekampung terpaksa mengangkat air dari perigi ke rumah samada memikul gelen besar, atau pun tersebut menyorong gelen tersebut menggunakan kereta sorong (karitung) seperti pic disebelah.

 pic dr google

Okla berbalik pada cerita kolera, disebabkan kebiasaannya orang kampung minum air tak bermasak dari zaman Tok Moyang lagi, so generasi sekarang pun terikut2, hingga kan kanak2 pun dibiasakan minum air tak bermasak.(Agaknya malas nak tunggu masakkan air, coz dah terlalu penat memikul air tu)

Setelah heboh cerita pasal kolera nie, so, datangla pegawai kesihatan datang ke kampung ku memeriksa setiap penduduk kampung, and meletakkan ubat ke dalam air perigi yang diminum.

Fuh, panjangnya citer...

Tapi apapun syukurla sejak dulu lagi mak & arwah bapa dah latih kami adik beradik minum air di masak..

"JANGAN MINUM AIR TAK MASAK, NANTI SAKIT PERUT"


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Thursday, May 19

Tenik Tepuk Atasi Bayi Berkahak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Risau betul kalo bayi kita batuk dan selesema..Bila dah selesema mesti ada kahak..kesian betul tgk bayi bila dah terkena camni..& lebih kesian bayi tak reti nak kuarkan kahak sendiri..


So. untuk mengatasi masalah nie,kita boleh menggunakan teknik tepukan.


Caranya:
Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. 
Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. 
Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi. 
Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula.
Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk.


Biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.


Sebelum memulakan teknik tepukan, pastikan bayi tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.


Sumber: Utusan Malaysia  


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Wednesday, May 18

Pil Perancang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Disebabkan takut GEMUK, ramai wanita yg dh berkawin takut nk ambil pil perancang.tp tau ka anda bahawa banyak kebaikan pill perancang yang tidak diketahui oleh wanita. selain takut berat bdn meningkat, wanita juga beranggapan bhw pil boleh menybbkn loya, muntah, perubahan libido ( kurang nafsu) dan byk lg la.

Tapi sebenarnya kn, selain cegah kehamilan, nak tau apa kebaikan nya...MARI KITA LIHAT BERSAMA:

  • Dapat kurangkan segugut
  • Dapat rawat jerawat dan kulit berminyak
  • Dapat kurangkan PMS - perasaan tidak selesa sebelum kedatangan haid seperti sakit buah dada, berat pada pelvis, kemurungan dan sebagainya.
  • Melancarkn haid dan berlaku setiap bulan dalam masa yang sama
  • Dapat bantu mengurangkan aliran darah haid.
  • Dapat kurangkn ovarian cyst (poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari)
  • Dapat kurangkn risiko barah ovari
  • Dapat kurangkn risiko barah rahim (endometrial cancer)
  • Dapat elakkan sakit semasa ovulasi (mid-cycle pain)
  • Dapat kurangkn rembesan hormon lelaki (androgen) yang mengawal pertumbuhan bulu roma pada muka, perut, peha dan betis
  • Dapat kurangkn masalah bengkak dan ketulan bukan Kanser pada buah dada
  • Dapat mengawal kedatangan haid



Pil Noriday 

Khas utk ibu2 yg myusukan bayi dgn susu badan sepenuhnya
Diambil sehingga bayi berumur 6 bulan (kalo diambil 6bln keats,kurang bkesan)


Pil Regulon 


Diambil sewaktu bayi 6 bln keats
Sesuai utk bayi yg menyusu bdn & susu formula


p/s - dptkn nasihat doktor tlbh dhl.


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...