Wednesday, February 1

Segmen Cerita Kreatif Ben Ashaari

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekali lagi join segmen bro Ben, kali ini segmen agak mencabar minda..wow...try jak le..


Join Klik --- > SINI


Aku Seorang Blogger VS Cermin Mata

Tengah hari tadi, aku pun me'rajin'kan diri untuk update blog ku yang sentiasa cute dan comel ini. Tengah kyusuk mengarang ayat-ayat & bait-bait cinta  dalam entri ku tiba-tiba skrin laptop kesayangan ku ini menjadi terang benderang seterang dan sesilau matahari yang panas menegak di tengah hari ini.

Dalam hati berkata , " Alahai, datang lagi 'penyakit' laptop kesayangan ku ini ".

Tapi aku tidaklah risau sangat sebab kalau 'penyakit' nya menyerang , aku sudah ada cara untuk menanganinya. Bak pepatah mengatakan " SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN".

Jadi, bagaikan lipas kudung, lagi lah kalah lipas kudung itu , aku pun mencari alat yang aku sediakan untuk mengatasi masalah laptop kesayangan ku ini.

Cari punya cari, ish...dekat mana pula benda ini tersembunyi..Tanpa berputus asa aku pun cari lagi, sampai lah ke lubang tandas, Tidak jumpa juga, kemanalah menghilang ini.

Rasa hendak menangis tetiba my hero memanggil " Ma, ma, ma" (my hero tidak reti bercakap lagi hanya tahu panggil Ma & Pa).

Aku pun menoleh, dan menunjukkan sesuatu dekat muka nya,

*budak hensem boy

Alahai , sayang bukan cermin mata ini yang mama cari, ada satu lagi yang lebih power tu.

Tanpa berputus asa aku cari lagi, dengan meminjam cermin mata my hero aku cari juga dalam laptop, akhirnya aku terjumpa pula dekat blog INI. Aku pun hairan bin ajaib lah , kenapa cermin mata hikmat aku ini ada dalam blognya.




Fikir punya fikir, barulah aku teringat, disebabkan hendak belikan my hero cermin mata color kuning ni, aku pun jual lah cermin mata hikmat ku kat dalam e-lelong.

Rupa-rupa yang beli cermin mata itu ialah Bro Ben. Tidak pula aku terperasan. Walaupun diri terasa hampa, tapi bangga sangat sebab cermin mata tu dijadikan modal utama untuk membuat SEGMEN beliau.

So, tanpa buang masa aku pun terus memakai cermin mata my hero. Lebih power dari cermin mata ku itu, tidak terasa langsung kesilauan di skrin laptop ku.

Dengan hati bersemangat kembali , aku pun meneruskan penulisan entri ku, dan terus mengikuti SEGMEN Bro Ben ini.

Selesai sudah masalah ku.


p/s - semua cerita diatas adalah rekaan semata2 (^_^)..Harap terhibur..


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

11 Bingkisan Kata:

Mak Usu said...

pakai cermin mata mmg byk kelebihankn...huhu

kis said...

@Mak Usu
iya setuju...

:: Cik Nur :: said...

ada juga yg xsesuai bila mkaca mata..

dari segmen yg sama singgah + follow

.:: SEGMEN CERITA KREATIF BEN ASHAARI::.

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

hehehe, lame sgt dah x join segmen abg ben :(


Jom singgah entry pertame C i N t ª β u N g ª untuk tahun 2012 :)))

C i N t ª β u N g ª vs K.A.H.W.I.N

FL blogh0use said...

ehehee..singgah dari segmen yang sama. jom baca cerita yana pulak. =)

EZAD AMIR said...

bro ben bli spek mata tu utk sy...wakakakaka

dyabunga said...

baru tahu spek tu uncle ben beli kat e-lelong..hehe

fRaMe+LenSeS said...

comeinya si kecik pakai spek. ehehe. tomei2. :D

Yasmin Aris ♥ said...

BESTTT !! :D

ecadwinkyasha said...

hero2 pun nak pakai cermin mata uncle ben.hahaha

Shahazrin said...

wah..mmg kreatif la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...