Monday, May 30

Syukurlah Aiman Dah Sihat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah seminggu tak tulis entri..bukan nya malas nak tulis tp anak kesayangan ku aiman jatuh sakit..

Pagi isnin tue, aiman demam panas,tp panas biasa2 jak...tp bila dh lepas maghrib tetiba demam panasnya meningkat mendadak hingga kena sesawan..kena lg ubatnya dah abis...kelam kabut bw aiman ke klinik bdekatan tp malang 2 buah klinik yg berada di kawasan tempat tinggal km black out...maklumla kawasan pendalaman...aku mjadi smakin risau, then terus km bw p klinik desa bdktn...tp disitu khabisan ubat lak...

aduh, bila check suhu bdnnya dh naik 39 darjah celsius...olh krn takda ubat,nurse hanya basah2kn bdn aiman smp kurang panasnya....pas jak dr situ terus km btolak ke hospital besar...pjln nk ke hospital pun mgambil ms hmpr 2 jam,,aku hny bdoa agar aiman selamat & sesawan x dtg lg...spjg pjlnan aku lap2 bdn & kepalanya dgn kain basah...

Sampai  di hospital terus p unit kecemasan,,,pas di masukkan ubat melalui buntutnya,,disuruh mandikan aiman..menjerit aiman kesjukkan almaklum lah dah pukul 12am lebih...sian btl aku tgk ank ku...bila di check suhu nya smula,,,suhu dh pun turun ke 36..br lega hati ku...& malam tu gak aiman ditahan diwad...

ari ptama di wad,,naik lg suhu bdnnya....tp syukurlah bila dh mlm dh beransur kurang,,,& ari kedua dapatlah kami kuar wad...maafkan mama & papa sayang...



barulh aiman dapat tidur dgn nyenyak....

p/s - pas ni akn stok ubat banyak2.


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Saturday, May 21

Sosej Halal Or Tak Halal?

Assalamualaikum &  Salam Sejahtera

Tadi bila buka FB,tetiba terpandang lak info ttg halal nie..

Sosej keluaran syarikat Lucky Food mengandungi gentian babi...wah,terkejut beruk aku...dah banyak keluaran nie dipasarkan di supermarket dgn bangganya berlogo HALAL....tup...tupp...ada lak mgandungi benda ala nie..syukurlah aku ni bukan pencinta sosej..

Untuk makluman lanjut leh la terjah ke website JAKIM nie..

So,kepada pengemar2 sosej,berhati2 la yek...


p/s - baik buat & masak sendiri..


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Friday, May 20

Nak Tengok Nur Kasih The Movie

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Wah...bestnya siapa2 dh tengok NUR KASIH THE MOVIE (NKTM) yg start semalam ditayangkan di pawagam...terasa nak p jak tgk citer nie,tapi apakan daya keadaan tak mengizinkan...

Bila baca sinopsis & dgr komen2 mereka2 yg dh tgk citer mbuak2 hati nk tgk sama gak...best giler...wah...bila la br dpt tgk nie....

Dengar kata, jumlah kutipan untuk hari pertama filem ni ditayangkan,dah menceceh RM500K...wah memang ramai btl peminatnya.....

Tapi memang tak dinafikan, time 1st time drama Nur Kasih ditayangkan di tv3,,penonton nya pun dh mencecah 4 juta penonton.....so,tak hairanlah ramai yg menanti2kan kesinambungan citer nie....

Dalam al-kuliyah hari nie yg membincangkan tentang 'Kasih Sayang' pun terselit gak ttg citer nie...Siap ada org sponser lagi beg yg ada gambar pelakon utama NKTM tuk pengacara & penonton al-kuliyah....wah kuat betul gak AURA citer nie....

p/s - best...


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Thursday, May 19

Tenik Tepuk Atasi Bayi Berkahak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Risau betul kalo bayi kita batuk dan selesema..Bila dah selesema mesti ada kahak..kesian betul tgk bayi bila dah terkena camni..& lebih kesian bayi tak reti nak kuarkan kahak sendiri..


So. untuk mengatasi masalah nie,kita boleh menggunakan teknik tepukan.


Caranya:
Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. 
Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. 
Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi. 
Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula.
Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk.


Biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.


Sebelum memulakan teknik tepukan, pastikan bayi tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.


Sumber: Utusan Malaysia  


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Lelaki Cemburu Buta?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Apalh jadi kalo lelaki CEMBURU BUTA...dahsyat betul..biasanya CEMBURU BUTA hanya dikaitkan dgn perempuan...hah tgk la kesannya bila lelaki CEMBURU BUTA....

Sebelum tue layan dulu cerita NORA ELENA slot akasia di tv3,,,,,,,

Sinopsis

Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.

Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?

Lepas tgk cerita nie,,,tentu dah tau apa kesannya bila lelaki CEMBURU BUTA....hihiiiii....

p/s - napa guna nama Seth Tan tu, cam lain jak bunyinya....











Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Wednesday, May 18

Pil Perancang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Disebabkan takut GEMUK, ramai wanita yg dh berkawin takut nk ambil pil perancang.tp tau ka anda bahawa banyak kebaikan pill perancang yang tidak diketahui oleh wanita. selain takut berat bdn meningkat, wanita juga beranggapan bhw pil boleh menybbkn loya, muntah, perubahan libido ( kurang nafsu) dan byk lg la.

Tapi sebenarnya kn, selain cegah kehamilan, nak tau apa kebaikan nya...MARI KITA LIHAT BERSAMA:

  • Dapat kurangkan segugut
  • Dapat rawat jerawat dan kulit berminyak
  • Dapat kurangkan PMS - perasaan tidak selesa sebelum kedatangan haid seperti sakit buah dada, berat pada pelvis, kemurungan dan sebagainya.
  • Melancarkn haid dan berlaku setiap bulan dalam masa yang sama
  • Dapat bantu mengurangkan aliran darah haid.
  • Dapat kurangkn ovarian cyst (poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari)
  • Dapat kurangkn risiko barah ovari
  • Dapat kurangkn risiko barah rahim (endometrial cancer)
  • Dapat elakkan sakit semasa ovulasi (mid-cycle pain)
  • Dapat kurangkn rembesan hormon lelaki (androgen) yang mengawal pertumbuhan bulu roma pada muka, perut, peha dan betis
  • Dapat kurangkn masalah bengkak dan ketulan bukan Kanser pada buah dada
  • Dapat mengawal kedatangan haid



Pil Noriday 

Khas utk ibu2 yg myusukan bayi dgn susu badan sepenuhnya
Diambil sehingga bayi berumur 6 bulan (kalo diambil 6bln keats,kurang bkesan)


Pil Regulon 


Diambil sewaktu bayi 6 bln keats
Sesuai utk bayi yg menyusu bdn & susu formula


p/s - dptkn nasihat doktor tlbh dhl.


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Aku, Hubby & Daging Blackpaper

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Next week 1st aku buat stik daging blackpaper,,tak sangka lak hubby suka sangat2 masakkan ku tu...

biasanya kalo aku cuba resepi baru,mesti byk tak kena jak,,,,

tp lain lak kes nya kali nie,tuk next week jak sampai 3 kali asyik masak stik blackpaper jer...senang btl hati nie...

So,cmna nk wat stik ala aku nie, senang jer...mari kita tgk apa yg diperlukn????

Bahan2:
Stik daging,
daging lembu(dihiris tipis)
1 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
sedikit lada hitam (ditumbuk kasar)
garam
sedikit mentega

Sos blackpaper
2 sudu lada hitam (ditumbuk/dikisar halus)
2 sudu susu segar (aku guna susu pekat manis f&n)
2 sudu tepung gandum
2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
setengah ulas bawang besar
setengah kiub daging / ayam
sedikit mentega

Cara2 memasak
Stik daging
1. Gaulkn daging lembu yg telah di hiris nipis dgn bawang putih,lada hitam & garam.
2. Perap selama setengah / 1 jam. lebih lama perap lebih bagus.
3. Kemudian bakar diatas kuali dengan sedikit mentega.

Sos blackpaper
1. Panaskan mentega & masukkan bawang putih & bawang besar..Tumis sehingga kelihatan layu..
2. Masukkan tepung gandum & gaul sehingga sebati.
3. Masukkan susu, lada hitam & kiub td..
4. Gaul sehingga masak ,kalo pekat tambah air sikit.


Untuk kentang, aku guna kentang bulat di potong nipis & gaul dgn garam..Then goreng la...


So, hasilnya............

p/s - enak dimakan begitu saja....


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Hanya 6kg

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Arini ank kesyangn ku ada pemeriksaan bulanan di klinik desa....hampa betul ku rsakn,berat aiman stil tak memuaskan...dh 8 bulan masi lagi berat 6 kg,..sepatutnya berat ideal tuk bayi 8 bulan adalah dalam 8 - 10 kg..


Waktu lahir aiman ok jak, lahir dlm keadaan normal 2.7 kg..tp kenaikn berat bdnnya tiap2 bulan kurang memberangsangkn..malah dibawah paras kuning...aduhai pening la...tgk jak rekodnya,


Baru Lahir - 2.7 kg
1 Bulan - 3.6 kg
2 Bulan - 3.9 kg
3 Bulan - 4.2 kg
4 Bulan - 4.7 kg
5 Bulan - 5.1 kg
6 Bulan - 5.2 kg
8 Bulan - 6.0 kg

Semua nasihat doktor dh aku turutkn..bg aiman makan vitamin, tp stil berat bdnnya kurang memberangsangkan...moga2 bln depan berat aiman akan meningkat & takkan berada di paras kuning lagi...




* sayang anak mama *

p/s - Maafkan mama tak dapat menjaga aiman sepenuhnya...


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Monday, May 16

Cikgu O Cikgu...(Part 3)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Bila tiba 16 Mei, tarikh penghargaan tuk insan yg bergelar guru...

Aku pnah melalui perasaan itu...siapa kata tugas seorg guru sgt senang,,,malah inilah tugas yg amat susah tuk di pikul...amanah & tanggungjawab yg berat dlm mendidik ank bangsa...

Lebih2 lg bila kena di kawasan pendalaman &berdepan dgn student yg di kategori kn 'samseng kampung'

..pening btl kepala& stress di buatnya...


nk berkeras takut lak dikenakn 'guna2',tp bila berlembut semua memijak kepala..so, SABARRRRRRRRRRRRR jak la,,,

Tp bila mereka mohon maaf & mengucapkan SELAMAT HARI GURU bila tiba 16 Mei,,,,terasa sejuk dihati...dalam kekerasan hati mereka,,masih ada perasaan sayang & hormat terhadap guru...

p/s - Tabik kepada semua yg bergelar GURU...


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Cikgu O Cikgu...(Part 2)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Teringat aku kisah 10 tahun lalu pd tarikh 16 Mei...

Kelas kami berpakat tuk kenakan guru kelas kami...tp pakatan murni la...Setelah kata sepakat di buat dlm keadaan panik, ketua kelas pn berlari ke bilik guru tuk bjumpa dgn guru kelas km..



'Cikgu,cikgu,...leh dtg ke kelas ka???ada sesuatu berlaku'...tanpa banyak soal guru kelas km pn bergegas ke kelas sambil dlm hati berkata ' ni mesti si s buat hal lagi...tp stelah smp ke kelas, kelas sunyi jak, cikgu pn konpius...'ni apahal lak ni'......km pn seraya bdiri & mengucapkan SELAMAT HARI GURU cikgu...sbgai tanda kenangan km mewakilkan pelajar cemerlang kelas km menyampaikn cenderahati tuk cikgu...aplg tharu cikgu km...


p/s - jasamu akn kami kenang smp bila2...


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Cikgu O Cikgu...(Part 1)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

16 Mei datang lagi..teringat time bergelar pelajar suatu ketika dulu,,,tinggal di hostel mestilah ada warden,,dah bergelar warden, mestilah garang buka main (jgn marah cikgu)


tapi disebabkn nk wish hari guru, aku & member dgn berani subuh2 morning lagi pergi lah ketuk bilik warden...dalam hati berkata matai na aku kena fire ...


warden pn buka pintu dgn muka, aduhai ssh nk ckap..."Ha...apahal pagi2 buta nie?"...."Ka...ka...mi nak ucap SELAMAT HARI GURU cikgu"sambil menghulur tangan berjabat dgn cikgu....dgn serta merta wajah warden kami pn bertukar wajah...senyum dgn panjang lebar


 & berkata "Kamu nie ada2 jak la"...mendengar cikgu berkata begitu terasa legalah hati kami...


p/s - dalam garang tersimpan sejuta KELEMBUTAN HATI...


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Jantung Hatiku

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

AS DAUGHTER kepada mak & bapa ku yg amat2 ku sayangi..

Mak terima kasih atas segalanya.
Melahirkanku,
Membesarkanku,
Mendidikku,
& Memberikanku kasih sayang yg tak ternilai..
Segala kedukakan hatimu sering Mak rahsiakan demi menjaga Hati anak2mu,

Bapa terima kasih atas segalanya,
Keperitanmu,
Keringatmu,
Kekuatan tulang 4 keratmu,
& Keikhlasanmu dalam membesarkan anakmu,
Tanpa sempat membalas segala PENGORBANAN,
Bapa pergi selamanya,
Hanya Al-Fatihah dapat ku titipkan untukmu setiap hari..
Semoga ALLAH limpahkan Rahmat-NYA pdmu....

SAYANG MAK & BAPA


p/s - rindu sangat2 kat arwah bapa & mak di kg...


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Sunday, May 15

Permata Hati

Assalamualaikum & salam sejahtera

AS MOM kepada seorang PERMATA HATIKU yang sangat2 aku sayangi...Lahirmu 1 anugerah ALLAH yg sangat besar dalam hidup papa & mama..Kaulah penyeri hidup kami....


MUHAMMAD NUR HAIMAN

Papa & mama sayang sangat kat aiman...

p/s -  suka sangat berposing


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Saturday, May 14

Pujaan Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pastinya semua orang ada PUJAAN HATI..
AS WIFE  PUJAAN HATI sy tak lain n tak bukan tentulah PERMAISURA sy iaitu......





MY BELOVED HUBBY 



Dialah tempat saya BERMANJA..
Dialah tempat aku BERMANJA..
Dialah tempat daku BERMANJA..
& everything.....

I LOVE U.
WO AI NI..
AISHITERU...
MAHAL  KITA....
HUM TUMHE PYAR KARTE HAI.....


p/s - cinta monyet hingga ke jinjing pelamin.






Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Friday, May 13

Aiman & Kerusi Roda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ari ni aiman dapat kerusi roda baru, cam tak happy jak..direnung jak tu...


monyok jak ni, kenapa sayang...



senyum la sikit..................




wah...akhirnya aiman tersenyum dapat kerusi roda baru....senang nak bergerak pusing2 1 umah..


& mama nya pn tersenyum puas coz




dapat tv baru.....


p/s - mama & aiman dapat barang baru,papa dpt????


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Tuesday, May 10

Permulaan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Akhirnya berjaya gak aku buka 1 blog untuk diriku...Edit punya edit akhirnya terciptala blog yg very simple...
apapn enjoy with myself...


p/s- mengarang ayat sambil mendodoi ank..


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...