Monday, December 26

Si Kembar Yang Unik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam dok lepak2 kat umah sambil layan citer tamil..tetiba ada diolag yang menarik hati ku di antara 2 orang kembar tak seiras ( lelaki & perempuan) yang dah lama berpisah disebabkan persengketaan..

Ikuti dialog nya setelah di terjemahkan dalam bahasa melayu (^_^)

Lelaki : Hi, kak

Perempuan : Hi, abang

Lelaki : Apasal panggil aku ABANG,,kau lah yang lebih tua dari aku..KAKAK ku sayang

Perempuan : Aik, jangan nak perasan, kau la yang tua SEBAB kau lahir 3 minit lebih awal berbanding aku...ABANGGGGG...

Lelaki : Mana boleh, siapa yang lewat keluar (lahir) dia lah yang tua...KAKAKKKK....



Begitulah dialog antara diorang, masing2 tak mau mengalah dan mengaku lebih muda..

Aku pun confius gak????

Coz mengikut kepercayaan kat kampung aku , siapa yang lebih dulu lahir dialah "adik" alasannya adalah "abang" atau "kakak" nya yang masih berada dalam rahim itu la yang telah "membantu" si ibu "menolak" keluar adiknya terlebih dahulu..

Padahal, kalo menurut sains, siapa2 yang keluar / lahir dulu , dialah yang tua..

Dan ini aku sajikan si kembar yang macho abad nie...

v


v


v


v


v



Inilah gambar adik kembar aku 

KEMBAR SEIRAS

.. sama tak ..

Papai...



Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

1 Bingkisan Kata:

~ yus ~ said...

sama, takde adik beradik kembar atau sedara kembar. Konfius juga ni kis..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...