Thursday, December 1

8 Tips Tambah Selera Si Kecil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Binggung betul aku bila hero ku nie takda selera langsung nak makan nasi.
kalo makan pun tak mau di suap, mau makan sendiri jak, di kutip sebutir2 nasi tu di makannya..
kalo mamanya nie suap,ditutup mulut tak mau buka...

So ada bbrp tips aku dapat untuk menghadapi masalah tak mau makan...nnt aku cuba try test la....

Kenala berikan pelbagai pilihan makanan yang bersesuaian dengan usia kanak-kanak,tetapkan waktu makan, menikmati 'snack' menjadikan waktu makan adalah waktu yang disenanginya

Berikan contoh pemakanan yang sihat kepada kanak-kanak dan tunjukkan anda benar-benar menyukainya. Cuba elak membuat rungutan mengenai makanan yang tidak anda sukai.

Perlu diingat bahawa kanak-kanak memiliki perut yang kecil. Jadi, jangan longgokkan makanan dalam pinggan mereka.

Untuk proses tumbesarannya dan mengekalkan kadar tenaga, kanak-kanak perlu kerap makan.Hidangannya adalah terdiri dari 3 kali makan dan dua kali makanan ringan dalam sehari.

Perkara yang paling penting dalam penyediaan makanan untuk kanak-kanak adalah jenis makanan berkhasiat dihadapan mereka tanpa perlu menekankan berapa banyak yang dinikmati. Kualiti makanan yang diambil lebih utama dari kuantiti.

Tetapkan satu masa makan yang khusus setiap hari sekalipun ia akan membosankan anda. Hidangkan mereka pilihan makanan yang sama untuk beberapa kali dalam seminggu, mungkin anda mampu mengesan makanan yang paling disukainya.

Seeloknya jangan cuba merasuah kanak-kanak kerana mereka akan makan kerana terpaksa untuk mendapatkan hadiah yang akhirnya nanti mereka akan langsung membenci makanan itu.

Hadkan pengambilan cecair seperti susu, jus dan air sebelum 1 jam atau 2 jam sebelum makan kerana mengambil cecair terlalu banyak akan hanya mengurangkan selera makan mereka.


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

0 Bingkisan Kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...