Tuesday, December 6

Tips Mengawal Kemarahan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Aku tak tau lah napa semenjak 2 menjak nie, aku asyik nak marah jak.
Kalo dah marah tak ingat apa dah, semua di luah...sama ada melalui perkataan & perbuatan..
Syukurla hubby kesayangan ku amat memahami,,dia lah yang selalu menyejukkan hatiku pabila membara...

Selain tue,untuk menangani perasan marah nie,,aku terjumpa bbrp tips berguna.
Jom kita lihat,apakah tips2 berguna untuk mengawal perasaan marah nie..


Tanamkan Sifat Malu Terhadap Allah
Ini merupakan perkara paling penting coz setiap tindak tanduk kita ada yg melihat, so perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala sikap buruk kita.

Kembalikan Semuanya Kepada Allah
Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina, everything kembali pada-NYA.

Berdiam Diri
Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah. Jangan terus banyak pok pet pok pet lagi.

 Mengubah posisi
Dalam keadaan berdiri (ketika kita marah), maka kita harus duduk.
Dalam keadaan duduk (ketika kita marah), maka kita harus berbaring.
Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal. Yang penting kawal keegoan.

Berzikir & beristigfar
Perbanyakkan berzikir dan beristigfar serta baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas yaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan. Biar sakit hati syaitan tu mendengarnya.

Minum Air kosong
Redakan keadaan marah dengan meminum air kosong. Ia akan menyejukkan dalaman kita dan meredakan kemarahan.

Koyak kertas
Jika emosi itu datang dari seseorang atau lebih, maka cubalah tulis namanya di kertas atau buku Conteng atau koyakkan kertas itu bagaikan kertas itu adalah apa yang kita jadikan objek emosi.. tapi jangan terlebih hanya sekadar melepaskan perasaan.

Mengambil Wudhu
Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

Mandi
Kalau rasa dah ambil wuduk tak kurang-kurang juga marahnya, cuba pula mandi. Bila anda mandi, bila anda mengenakan air pada keseluruhan tubuh anda, secara tidak langsung elemen ketenangan itu akan masuk ke tubuh anda dan akan memberikan suatu suntikan kesegaran yang baru buat anda.

Tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembuskannya perlahan-lahan
Ini arwah bapa saya pernah pesan untuk kawal marah.Kita jadi tak stabil sebab kita tengah gagal untuk kawal emosi kita. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembuskannya perlahan-lahan.


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

0 Bingkisan Kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...