Sunday, December 4

Fakta Tentang Bayi Baru Lahir

Assamualaikum & Salam Sejahtera

Tahu kah anda mengenai bayi yang baru jer lahir...

Sebenarnya ada bbrp fakta menakjubkan ttg bayi baru lahir,yang mungkin saya,anda,kamu or sapa2lah yg belum tau lagi mengenai nya...so mari kita tgk apa yg menakjubkan tue..


Bayi tiada kepala lutut , ia hanya membentuk ketika bayi berusia 6 bulan


Bayi tiada air mata , air mata sebenar hanya wujud bila bayi berusia 5 minggu


Bayi mempunyai lebih tulang , orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang


Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir


Bayi mempunyai deria bau yang kuat , boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan


Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan


Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan


Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat


Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir


Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit


Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit


Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan

Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi

Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari


Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya


Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya



Aiman ketika baru lahir...


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

1 Bingkisan Kata:

Rina Rahamat said...

sy antara bayi yg ada tanda lahir :)


thanx ya tag sy utk contest...tp sy jarang ada kesempatan nk main GA/contest :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...