1. Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu. Itulah orang yang lalai. Oleh itu berilah mereka peringatan. 2. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil. Oleh itu, tinggalkanlah mereka. 3. Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu. Itulah orang yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka. 4. Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu. Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka.
- Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi -
Agak2nya kita dalam ketegori mana yek...
Tepuk Dada, Tanya Iman...
Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !
Sehingga saat terakhir hidupnya , baginda masih lagi mengingati kita.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi.
UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA
ALANGKAH INDAHNYA HIDUP INI (RAIHAN)
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenganganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ungkapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu.
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu
Kutahu cintamu kepada umat
"Ummati ummati"
Kutahu bimbangnya engkau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Terimalah kami sebagi umatmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kurniakanlah syafaatmu
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Rasulullah S.A.W Bersabda : "Barang siapa mengucapkan salawat kepada ku satu kali,maka Allah s.w.t akan mengucapkan salawat kepadanya sepuluh kali." [Hadith Riwayat Muslim]
Salam Ukhwah
Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !
Tengah hari tadi, aku pun me'rajin'kan diri untuk update blog ku yang sentiasa cute dan comel ini. Tengah kyusuk mengarang ayat-ayat & bait-bait cinta dalam entri ku tiba-tiba skrin laptop kesayangan ku ini menjadi terang benderang seterang dan sesilau matahari yang panas menegak di tengah hari ini.
Dalam hati berkata , " Alahai, datang lagi 'penyakit' laptop kesayangan ku ini ".
Tapi aku tidaklah risau sangat sebab kalau 'penyakit' nya menyerang , aku sudah ada cara untuk menanganinya. Bak pepatah mengatakan " SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN".
Jadi, bagaikan lipas kudung, lagi lah kalah lipas kudung itu , aku pun mencari alat yang aku sediakan untuk mengatasi masalah laptop kesayangan ku ini.
Cari punya cari, ish...dekat mana pula benda ini tersembunyi..Tanpa berputus asa aku pun cari lagi, sampai lah ke lubang tandas, Tidak jumpa juga, kemanalah menghilang ini.
Rasa hendak menangis tetiba my hero memanggil " Ma, ma, ma" (my hero tidak reti bercakap lagi hanya tahu panggil Ma & Pa).
Aku pun menoleh, dan menunjukkan sesuatu dekat muka nya,
*budak hensem boy
Alahai , sayang bukan cermin mata ini yang mama cari, ada satu lagi yang lebih power tu.
Tanpa berputus asa aku cari lagi, dengan meminjam cermin mata my hero aku cari juga dalam laptop, akhirnya aku terjumpa pula dekat blog INI. Aku pun hairan bin ajaib lah , kenapa cermin mata hikmat aku ini ada dalam blognya.
Fikir punya fikir, barulah aku teringat, disebabkan hendak belikan my hero cermin mata color kuning ni, aku pun jual lah cermin mata hikmat ku kat dalam e-lelong.
Rupa-rupa yang beli cermin mata itu ialah Bro Ben. Tidak pula aku terperasan. Walaupun diri terasa hampa, tapi bangga sangat sebab cermin mata tu dijadikan modal utama untuk membuat SEGMEN beliau.
So, tanpa buang masa aku pun terus memakai cermin mata my hero. Lebih power dari cermin mata ku itu, tidak terasa langsung kesilauan di skrin laptop ku.
Dengan hati bersemangat kembali , aku pun meneruskan penulisan entri ku, dan terus mengikuti SEGMEN Bro Ben ini.
Selesai sudah masalah ku.
p/s - semua cerita diatas adalah rekaan semata2 (^_^)..Harap terhibur..
Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !