Friday, February 17

Pu' Mattoa Lalla Atoli @ Pulau Lelaki Tua Tidur


Ingat lagi tak pic kat atas tu..

Hari ni nak story lah , tentang terbentuknya pulau yang terbentang luas mirip manusia berbaring itu. 
Ia boleh dilihat dengan jelas dari tengah dan puncak Bukit Tengkorak, dekat pekan Semporna.

.............................................................................................

Mitos 1

Cerita lisan yang diperoleh daripada penduduk setempat mendakwa pasangan suami isteri, Tetangan dan Gaya, sangat menyayangi anak tunggal mereka, Bohay Dulang, sehingga tidak sanggup berpisah walaupun menyedari hidup akan berakhir kematian.

Ketika usia meniti senja, pasangan itu khuatir tiada siapa bakal menjaga Bohay Dulang yang dikatakan berusia 18 tahun dan belum berumahtangga.

Pelbagai ikhtiar dijalankan termasuk mahu mengahwinkan Bohay Dulang tetapi ditolak si anak dengan alasan tidak mahu membahagikan kasih sayang kepada orang ketiga.

Bohay Dulang yang kononnya mempunyai paras menawan menjadi kegilaan ramai wanita tetapi anak muda itu mengabadikan cinta hanya kepada ibu bapanya.

Alasannya, kasih sayang ibu bapa tidak seharusnya dikongsi dengan orang lain dan jika beliau berumahtangga, sudah pasti ia menyebabkan mereka berpisah untuk membina hidup baru.

Hari berganti, tiga beranak itu cuba mencari penyelesaian terbaik untuk bersatu selamanya dengan apa cara sekali pun. Bagaimanapun, mereka menolak pilihan untuk membunuh diri kerana ia adalah pantang larang nenek moyang.

Ketika itu, Islam belum sampai ke Semporna atau dikenali Tongtalun dan penduduk mengamalkan kepercayaan animisme.

Tetangan dan Gaya hanya dikurniakan cahaya mata selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, sekali gus mahu hidup lama untuk membesarkan anak kesayangan mereka dan melihat perkembangan hidupnya.

Mengikut cerita, pasangan itu nekad menemui bomoh supaya mereka dapat diubah menjadi pulau.

Sebelum ketiga-tiganya bertukar menjadi pulau, Tetangan dan Gaya menyerahkan semua harta kepada Bohay Dulang sebagai bukti kasih sayang serta mengharapkan anak mereka masyhur pada masa depan.

Dipercayai kerana itu, pulau Bohay Dulang memiliki keistimewaan tersendiri menerusi pemandangan cantik di darat dan dasar laut dan kini menjadi tarikan pelancong.

Ia hanya mitos yang dihikayatkan penglipurlara lebih 100 tahun lalu dan kini cerita 'Pu' Mattoa Lalla Atoli' sukar ditemui.


.....................................................................................................

Mitos 2

Sebuah lagi cerita popular adalah persahabatan dua sahabat sejati yang berakhir dengan pertarungan dahsyat.

Si Bohay dan Si Buun kononnya bersahabat baik dan mempunyai ilmu mempertahankan diri sihir setara.

Bagaimanapun, akibat perselisihan faham yang berpunca daripada perkara kecil berbentuk fitnah, kedua-duanya bermusuh dan bertarung untuk membuktikan kegagahan menjadi ketua masyarakat.

Pertarungan itu memakan masa lebih 10 tahun dan berakhir dengan keduanya diisytiharkan tewas kerana Si Bohay menjadi Pulau Bohay Dulang manakala Si Buun menjadi Pulau Sibuun yang masih wujud di Laut Sulawesi.

Ada juga pendapat mengatakan Si Buun menjadi batu karang yang boleh ditemui di dasar laut berhampiran Pulau Lelaki Tua Tidur.

.......................................................................................................

Begitulah mitos2 tentang pulau nie ...

Fakta tentang Pulau Lelaki Tua Tidur

Bentuk seperti manusia tengah berbaring itu, adalah Pulau Lelaki Tua Tidur di Semporna, Sabah merangkumi tiga pulau iaitu Pulau Gaya di utara, Pulau Bohay Dulang (tengah) dan Pulau Tetangan (selatan). 


Penyelidikan saintifik oleh Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati pulau itu adalah sisa tinggalan letupan gunung berapi besar, kira-kira lima juta tahun lalu.


.......................................................................................................................


Haa....begitulah cerita tentang Pulau Lelaki Tua Tidur...

Gambar menarik sekitar pulau ini, klik SINI..


Oklah, nanti jumpa lagi...


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

8 Bingkisan Kata:

IeRA said...

Nampak jauh mmg serupa....

kis said...

@IeRA
iya...

Citra NaniZam said...

pelbagai mitos cuba dikaitkan ye... hakikatnya ciptaan Illahi

kis said...

@Citra NaniZam
iya...

anisalya said...

mitos nombor dua tu macam cerita puteri santubong je kan?

Batu Adventure said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Outbound Malang said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Kita semua selalu dihadapkan pada ribuan kesempatan emas yang tersamarkan dengan baik oleh kesulitan.

ZKA93 said...

assalammualaikum.wbt.
terima kasih atas sumber dan perkongsiannya dan
kak mohon izin untuk jadikan bahan rujukan untuk tugasan saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...