Thursday, January 26

Fakta Tentang semut

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari itu, aku buat n3 tentang Petua Cara Menghalau Semut, so apa kata hari ini kita berkenalan dengan semut ini lak..

Iyalah kan, kalau hendak menyerang musuh mesti tahu serba serbi tentang musuh kita..(^_______________^)


Apa yang kita KURANG TAHU tentang semut?

Semua mempunyai 6 kaki, setiap dengan 3 sambungan kepadanya. 

Hampir 13,000 spesis semut yang berbeza terdapat dalam dunia ini yang dapat dikelasifikasikan tapi para saintis berpendapat ada lebih 20,000 spesis semut semuanya. 

Semut menggunakan antenanya untuk menyentuh sesuatu, dan juga merupakan deria sesentuh dan rasa mereka.

Jangka hayat semut biasanya antara 40-60 hari.

Semut juga berperang dalam skala yang besar sesama mereka. Ia menyebabkan bilangan kematian semut mencecah jutaan semut.

Semut Amazon digelar Semut Lanun atau Semut Pengambil Hamba kerana mereka dikatakan menyerang sesebuah koloni semut lain dan mengambil semut yang tewas sebagai hamba untuk dijadikan semut pekerja dalam membina sarang dan juga dalam mencari makanan untuk mereka.

Koloni semut terbesar di dunia dibina oleh Semut Argentina. Koloni mereka menjangkaui jarak beratus batu (atau kilometer) dan terdiri daripada beratus-ratus jalinan dan susunan sarang semut yang berbeza.

Secara amnya semut yang kita temui di dalam rumah atau kawasan rumah kita ada jenis semut tukang rumah. Mereka menggemari tempat-tempat yang lembap seperti kayu atau papan dinding rumah yang lembap untuk diduduki biasanya setelah hujan.

Sebagaimana para saintis telah mengkaji dan mendapati sesebuah koloni semut hanya diperintah oleh seekor Ratu Semut sahaja, dan tidak pernah ada dalam penyelidikan menunjukkan lebih daripada satu ratu semut yang memerintah.

Sesetengah spesis semut didapati membela serangga-serangga yang lain. Sangat jarang serangga belaan ini dibunuh untuk dijadikan makanan mereka. Kebanyakannya digunakan untuk mencari dan membawa pulang makanan untuk mereka.

Diharapkan dengan info sedikit tentang semut dapatlah kita mengenali semut2 yang selalu jak kita terjumpa dekat mana-mana tempat..


* pic dari mr. google

Apasal semut ini comel sangat..


Selamat Membaca...


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

4 Bingkisan Kata:

dya nasir said...

kt umh dya banyak giler semut.. yg hitam ada, merah ada, besar ada, kecik pun ada..hehe

kis said...

@dyabunga
itu namanya semut tukang rumah (^_^)

Mak Usu said...

semut jahat.. dia g makan coklat mak usu yang lupa kat atas tuppaware..huhuh.. hahhaa. :):) oh semut biru yang chomel..ganti balik coklat Mak Usu..hihih

kis said...

@Mak Usu
ala...siannya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...