Friday, January 20

Petua : Cara Menghalau Semut

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Aduhai pening betul aku dengan semut nie..Sekejap2 jak datang menyerang umah ku..Dari embok2 (Nenek2) semut sampailah ke cicit nya datang berpusu2..Sampai kan pemanas air aku pun dikerumuni semut..Kebal betullah..

Selalunya kalau kes di serang semut aku guna petua nie jak :



Gunakan minyak masak, sapukan di sekeliling badan pemanas air tu ataupun balang tempat simpan gula.

Selain itu , ada beberapa petua lain lagi yang boleh diamalkan :




Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula.Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.



Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.



Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.


Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.


Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.


Kepada siapa2 ada masalah macam aku boleh lah gunakan petua ni..Senang jak nak jumpa barang2 nie, korek2 jak kat dapur anda..

Selamat Mencuba..

credit : 101Petua


Burung Merpati Terbang Ke Tawau, Dah Baca Harap LIKE Tau !

8 Bingkisan Kata:

Mak Usu said...

Thank sharing..
Nak cuba la petua ni...
Semut menjadi2 sekarang...

kis said...

@Mak Usu
iya mak usu...try jgn tak try..(^_^)

maszull said...

assalamualaikum KIs...bagus gak petua ni nanti mama nak cuba yg mana satu agaknya...:)

kis said...

@maszull
try jak yg mama rs paling senang..(^_^)

dyabunga said...

tak tahu pula abu kulit telur ni boleh halang laluan semut.. lepas ni nk cuba lah.. thanks kak...:D

kis said...

@dyabunga
sama2 dear...iya try lah nnt...

ariana said...

Yg minyak tu dah tau..tp x buat jg..lps tu mulalh geram bila cik semut tu dtg..lps ni kena amallah petua ni..hehe.tq Kis:)

kis said...

@ariana
sama2 kasih kak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...